Monday 27 August 2007

ULIAH ILMU TAUHID versi 1.0

BERSAMA ALEXANDERWATHERN

http://72.14.235.104/search?q=cache:9BKFQEaXV9kJ:myalexanderwathern.freephpnuke.org/article199.html%26mode%3D%26order%3D0%26thold%3D0+ilmu+tauhid&hl=ms&ct=clnk&cd=7&gl=my

KULIAH ILMU TAUHID versi 1.0
Posted on Saturday, July 07 @ 01:12:54 EDT by alexanderwathern

KULIAH ILMU TAUHID versi 1.0
Oleh Alexanderwathern


Assalamualaikum WBT.

Ilmu tauhid adalah ilmu yang penting… sangat penting… malah yang terpenting! Gagal ilmu tauhid bererti gagallah yang lain-lain. Tapi dalam dunia hari ini, pelajaran ilmu tauhid semakin terpinggir. Sebahagian besar para pendakwah sendiri mengabaikan ilmu ini dengan hanya mengambil yang asas sahaja. Mereka rasakan ‘yang asas’ itu sudah mencukupi lalu mereka tumpukan usaha mereka kepada gerak kerja dakwah. Apabila kita mendengar percakapan mereka ataupun kita membaca tulisan-tulisan mereka, barulah kita sedar yang mereka bermasalah dalam tauhid. Malangnya…. mereka sendiri tidak sedar yang tauhid mereka bermasalah. Kalau tauhid para pendakwah sendiri banyak yang bermasalah, kita yang orang awam ini bagaimana?
Tentulah lebih banyak masalahnya!
Sebab itulah para ulama terdahulu sangat menekankan ilmu tauhid.

Ilmu-ilmu yang utama dalam agama Islam ini ada tiga iaitu ilmu tauhid, ilmu fiqh dan ilmu tasauf. Ringkasnya tauhid-fiqh-tasauf. Setiap satunya ada beberapa nama lain. Contohnya, ada orang sebut ilmu kalam, ilmu syariat dan ilmu akhlak. Banyak nama tapi sebenarnya menceritakan benda yang sama. Jadi, tak perlulah kita berbahasa tentang nama ataupun istilah, nanti akan membuang masa.

Ketiga-tiga ilmu ini tidak boleh dipisahkan. Semua orang mesti berusaha untuk belajar dan memahami ketiga-tiganya setakat yang termampu. Kita tidak boleh ‘ambil dua tolak satu’. Kita juga tentulah lebih tidak boleh ‘ambil satu tolak dua’. Ketiga-tiganya umpama batu tungku yang digunakan untuk melapik kawah.
Bolehkah kawah diletakkan di atas dua tungku sahaja? Jawapannya ‘tidak boleh’, ataupun lebih tepat lagi ‘hampir-hampir mustahil” boleh.
Kalau satu tungku? Lagilah tak boleh! Akan terbaliklah kawah.

Samalah tamsilannya dalam hal menembak musuh. Untuk menembak musuh dengan senapang, mestilah ada tiga perkara utama iaitu tukang tembak (manusia), senapang dan peluru. Seandainya tidak ada salah satu perkara di atas, perlakuan ‘menembak musuh’ tidak akan berlaku.
Ada manusia ada senapang tapi tak ada peluru. Boleh tembak? Tak boleh.
Ada manusia ada peluru, tak ada senapang. Boleh tembak? Tak boleh juga.
Ada senapang ada peluru tapi tak ada manusia. Boleh tembak? Tak boleh juga.
Ketiga-tiganya mesti ada untuk membolehkan perlakuan ‘menembak musuh’ berlaku.

Tapi orang sekarang ni pandai. Dia kata ‘ada peluru ada senapang tapi tak ada manusia” boleh tembak. Macam mana? Kita programkan senapang tu guna komputer. Apabila komputer berjaya mengesan penceroboh, secara automatik senapang akan mencari sasaran dan melepaskan peluru!
Memang betul, tapi kita kena tanya balik- yang programkan komputer tu siapa dia? Bukankah manusia jugak?
Jadi, tetap mesti kena ada ketiga-tiganya baru senapang tadi boleh menembak.

Kita bagi contoh lagi, supaya faham betul-betul.

Untuk suap makanan ke mulut, kena ada sekurang-kurangnya tiga perkara utama. Satu- makanan. Dua- tangan. Tiga- mulut.
Katakanlah ada makanan ada tangan, tapi tak ada mulut. Macam mana? Ke mana makanan nak dihalakan? Kalau makanan itu dihalakan ke ketiak, ia tidak dinamakan suap. Kalau makanan itu dihalakan ke pusat, ia juga tidak dinamakan suap. Kalau makanan itu disumbatkan ke telinga, adakah kita sebut ‘suap”? Tidak kan?. Ia dinamakan ‘suap’ apabila makanan tadi dihalakan ke mulut. Selain itu tidaklah dinamakan ‘suap’. OK?

Baik. Ada makanan ada mulut tapi tak ada tangan. Jadi tak ‘suap’? Tidak.
Ada tangan ada mulut… tak ada makanan. ‘Suap’ ke tu? Tak jugak.
Kesimpulannya, untuk ‘suap’… mesti ada ketiga-tiganya sekali iaitu makanan, tangan dan mulut.

Kita masuk kepada definisi ataupun takrif ilmu tauhid.
Apakah ilmu tauhid? Baaanyak takrif yang dibuat oleh para ulama.Masalahnya… yang mana satu yang lebih mudah untuk difaham oleh orang awam macam kita. Jadi saya rumuskan satu takrif yang saya rasa paling mudah difaham oleh kita iaitu… ilmu tauhid ialah ilmu untuk tahu, ilmu untuk kenal dan ilmu untuk faham Tuhan.
Apakah ilmu tauhid? Ilmu untuk tahu, kenal dan faham Tuhan. Itulah ilmu tauhid.

Mengapa kita mesti belajar ilmu tauhid?
Supaya kita dapat tahu, faham dan kenal Tuhan.

Apa tujuan belajar ilmu tauhid?
Tujuannya untuk kita tahu Tuhan, kenal Tuhan, faham Tuhan.

Apa akan jadi kalau kita tidak belajar ilmu tauhid?
Kemungkinan besar kita tidak tahu Tuhan, tidak kenal Tuhan dan tidak faham Tuhan.

Apa beza antara ‘tahu Tuhan’, ‘kenal Tuhan’ dan ‘faham Tuhan’?
Mula-mula kita kena faham maksud tahu, kenal dan faham dulu. Ketiga-tiganya berbeza. Kenal lebih tinggi daripada tahu, dan faham adalah lebih tinggi daripada kenal. Yang paling atas ialah faham, kemudian kenal dan kemudian barulah tahu.
Biasanya disebut ilmu yaqin, ainul yaqin dan haqqul yaqin.

* Bersambung dan akan dikemaskini…

Labels:

1 Comments:

At 3 March 2022 at 21:23 , Blogger pakajafari said...

Hard Rock Casino Pittsburgh - MapyRO
Hard Rock Hotel 경기도 출장마사지 and Casino Pittsburgh is located in Pennsylvania near 평택 출장마사지 Steelbridge and is 광양 출장마사지 a favorite 여주 출장안마 for travelers visiting PA. This casino features Free 정읍 출장마사지 WiFi: 8.4Location: 3.9 Rating: 7.9/10 · ‎942 reviews

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home