Monday 27 August 2007

Membaca lafaz niat di dalam hati

Membaca lafaz niat di dalam hati

Posted by : zain-ys on Saturday, August 27, 2005 - 02:47 PM CCT

Salam

Ada seorang kawan bertanya, "bagaimana dengan permasalahan niat. Ada qasad. Ta'arud dan ta'yin." Kawan ini mempraktikkan apa yg dia maksudkan dengan niat. "Betulkah begini sudah lengkap qasad, ta'arud dan ta'yin? Katanya; sahaja aku sembahyang fardhu zohor 4 rakaat kerana Allah Taala."

Seorang ustaz menyampuk; "niat kamu betul. Lengkap sebagaimana yang dikehendaki."

Giliran saya pula menyampuk; kamu baca niat itu ketika mahu solat? Kawan tadi menjawab: "Ya!

Saya membalas, "kalau itulah yang kamu buat ketika solat, kamu bukannya berniat tetapi membaca lafaz niat ketika mahu solat.."

Ustaz tadi mula naik angin. Katanya, " apa masalah dengan niat dia tadi? Bukankah sudah cukup lengkap?"

Saya menjawab: "Bukankah jauh perbezaannya antara berniat dengan membaca lafaz niat di dalam hati.?"

Kemudian saya menjelaskan bahawa apabila saya mahu mengambil pen di hadapan saya ini, apakah perlu saya membaca hasrat hati saya di dalam hati: "Sahaja aku mengambil pen ini utk bla.. bla.. bla..."

Niat adalah Qasdus Syai' Muqtarinan Bi Fi'lihi. Iaitu mahu atau berazam melakukan sesuatu kemudian diikuti dengan perbuatan. Seseorang yang berazam mahu mengambil pen di hadapannya kemudian diikuti dengan perbuatan mengambil pen berkenaan, maka itulah niat. Jika dia hanya berniat tanpa disertai dengan perbuatan, itulah namanya azam, bukan niat.

Kita berdiri mahu mengerjakan solat zohor dalam keadaan sedar bahawa kita memang mahu mengerjakannya, kemudian ketika takbir kita masih sedar dan berkeazaman memang mahu mendirikan solat berkenaan, apakah ini tidak dinamakan sudah berniat dengan sempurna? Kita tahu kita berdiri bukan untuk memancing atau dalam keadaan tidak sedar, tahu-tahu sudah berada di rakaat ketiga...

Ustaz tadi membantah, "lafaz niat itu dapat membantu kita menumpukan perhatian utk berniat dengan sempurna."

Saya berhujah balas: "Bukan membantu, malah memporak perandakan. Lihat berapa ramai manusia yang telah menjadi was-was akibat 'tidak dapat' niat ketika mahu solat.."

"Alllllaaaaaaahu...." "Allaaaahu Akbaa.." "Sampai 10 kali, malah sampai imam sudah sujud dia ini masih 'tak dapat' lagi membaca lafaz niat di dalam hatinya.."

"Jadi kamu menolak pendapat ulama berkaitan dengan lafaz niat?" Ucap ustaz tadi.

Saya menjawab: "Saya tidak membangkang mereka apatah lagi memperlekeh mereka.. Kerana apa yg mereka tulis itu wajar. Mereka hanya mahu memberi gambaran secara bertulis bentuk niat ketika mahu solat. Kita pula ambil lafaz berkenaan untuk dibaca di dalam hati ketika mahu solat. Ulama2 itu hanya mahu menggambarkan bentuk niat begini, bukan mereka suruh baca lafaz itu di dalam hati.."

"Jika seseorang itu baru belajar solat, barangkali kita boleh terima. Namun, jika sudah berpuluh2 tahun mengerjakan solat, namun masih tidak ada peningkatang dalam masalah niat, masih terus membaca lafaz niat di dalam hati, ini agak melucukan.."

Belum sempat ustaz tadi membidas, saya sudah bangkit mahu pulang ke rumah.

Semasa mahu pulang itu, saya sempat bergurau dengan ustaz tadi: "Sahaja aku balik ke rumah, kerana ada hal.."
Semasa berjabat tangan dengannya, saya sekali lagi bergurau: "Sahaja aku bersalam dengan ustaz kerana silatur rahim.."

Merah juga muka ustaz itu..

Wassalam

zain y.s

Labels:

3 Comments:

At 30 August 2014 at 09:49 , Blogger mohd nazir said...

Pada hakikat nya niat itu ilham.lafaz niat tu syariatnya...sahaja pada lafaz niat dalam ertikata lain adalah semata mata kerna Allah.. untuk Allah sahaja..bukan saja saja kerna Allah..

 
At 30 August 2014 at 09:51 , Blogger mohd nazir said...

Syariat dan hakikat tdk bole berpisah

 
At 9 February 2015 at 22:09 , Blogger Taufiq Musaddad Ahmad said...

Salam saya dah baca semua Dialog ngan ustaz tersebut ttg Niat Qasad Ta yin..Cuba tanya ustaz tersebut...Ulamak mana yg menetapkan hal yg sedemikian....?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home