Monday, 27 August 2007

HAKIKAT HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH

HAKIKAT HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH

http://kembang-wali.blogspot.com/2007_01_01_archive.html

Bagaimanakah sebenarnya ukur-tara ataupun hubung-kait manusia dengan Allah? Benarkah hubungan manusia dengan Allah sebagai yang kena cipta (khalak) dengan penciptanya (khalid)? Kalau benar begitu apakah erti sebenar hubungan itu ? Apakah manusia dijadikan semata-mata untuk menjalankan perintah Allah ? Atau dijadikan sebagai menandakan bahawa Allah itu mempunyai kuasa sehingga Dia boleh memperalatkan hambanya (manusia)? Begitukah?

Kalu demiikin jelaslah bahawa kedudukan manusia dalam hal ini tak ubah seperti kedudukan seorang kuli dan taukehnya.Sama sahaja darjatnya dengan kedudukan seorang hamba rakyat dengan rajanya.Mereka bekerja dengan niat untuk kesenangan raja mereka.

Sekiranya mereka memahami dan mengkaji kepada kebesaran Allah itu sendiri yang maha tahu,maha adil,maha kuasa dan maha agung,buat apa Dia menciptakan manusia lagi.Tidak ada guna Dia melahirkan manusia Ke alam ini.Kalau hanya setakat untuk memuji,memuja,serta melaksanakan perintah-Nya,tidak ada faedah langsung Allah menjadikan manusia.

Bukankah Dia sudah berkuasa? Logiknya Dia tidak perlu kepada mana-mana pihak (hamba) lagi untuk bekerja untuk-Nya.Tidak ada perintah lagi yang boleh disuruh kan kepada hamba-Nya kerana Dia boleh melaksankan sendiri.Bukankah Dia mahu berkuasa ,bijaksana dan agung?

Atau dia melantik manusia menjadi hamba untuk menunjukkkan kekuasaan-Nya ? Sebagai tanda kebesaran dan kebolehannya menciptakan manusia ? Bugitukah ?

Ertinya: ”Tidak Aku janjikan jin dan manusia melainkan untuk berbakti kepadaku.” – (Az-Zariat:56)

Rupanya Allah sengaja menjadikan (jin dan manusia) untuk menjadi hamba kepadanya. Apakah guna peranan hamba disini ? Apakah Allah menjadikan jin dan manusia itu suka-suka sahaja.atau kerana telatah cakap,dengan kata kun,maka jadilah ia ! Begitukah ?

Persoalan ini sungguh rumit dan menimbulkan tanda tanya yang cukup besar kepada kita.Kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena.Seolah-olah Allah sengaja mewujudkan manusia sebagai symbol kekuasaan-Nya.

Setakat di situ sahajakah peranan manusia ? Apabila kita menyedari behawa Allah memang berkuasa dan tidak memerlukan kepada mana-mana kuasa, maka akan timbul pertanyaan,jadi apakah tujuan sebenarnya Tuhan menjadikan manusia? Memangkah Allah tidak mahukan kepada pujian dan sanjangan.Kerana dengan kudrat dan iradat yang ada pada-Nya,Dia boleh lakukan apa sahaja seperti mana yang ditegaskan dalam firma-Nya:

Ertinta: ”Wahai manusia,sesungguhnya kamulah yang memerlukan Allah,dan Allah yang maha kaya,tidak memerluakn apa-apa.Jika Dia mahu nescaya,Dia memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk lain (sebagai ganti)”.-(Al - Fatir:15 -16.)

Jadi jelaslah di sini bahawa Allah tidak memerlukan manusia untuk melaksanakan kerjanya.Untuk apa Allah menyuruh manusia bekerja untuk-Nya lagi,sedang semua kerja kehendak-Nya,Ia boleh laksanakan sendiri.Sebut sahaja akan jadi maka akan jadi.Allah memiliki sifat Qiyamuhu Binafsihi,yang berdiri dengan dirinya sendiri.

”Sesunggunya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” – (Al Ankabut -6)

Lagipun bukankah Allah sudah ada jin dan malaikat untuk melaksanakan tugasnya.Jin dan para malaikat itu pasti boleh melaksanakan kerja dan suruhan-Nya dengan lancar dan pantas sekali kalau dibandingkan dengan manusia.

Tetapi hakikat sebenarnya bukan demikian.Allah mencipta manusia bukan untuk menjadikan hamba-Nya seperti hamba rakyat terhadap rajanya, apa lagi untuk menjadi tukang puji kepada-Nya.Apabila kita mendalami serta mengetahui hakikat manusia dengan Allah dan sebaliknya,maka jelas kepada kita hubungan manusia dengan Allah bukan seperti mana yang kita fahamkan.

Untuk memudahkan kita faham,cuba kaji apakah kepentingan amal ibadat kepada manusia itu sendiri dan kepada Allah.Allah menyuruhkan manusia melalui amal ibadat itu.Dan apakah pula kepentingan yang Allah memperolehi melalui amal ibadat itu.

Seandainya manusia tidak melaksanakan , siapakah yang untung dan siapakah yang rugi.Adakah Allah yang akan rugi jika manusia tidak beribadat kepada-Nya.Adakah Allah akan sakit, kalau manusia tidak beribadat kepada-Nya.Tidak! Dia tidak mengalami kerugian apa-apa,dan Dia tidak sakit.Sebaliknya yang rugi dan yang sakit adalah diri manusia sendiri.

Betapa tidak,bukankah natijah amal ibadat itu untuk kebaikan dunia sejagat .Bukankah ia untuk kebaikan diri manusia sendiri dan juda diri manusia yang lain.Manusia mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan sebagainya, merupakan amal ibadat yang baik untuk dirinya dan makhluk sejenis dengannya.

Falsafah dalam konsep amal ibadat itu ialah untuk kebaikan bersama; baik untuk diri manusia sendiri, orang lain dan juga Allah.Dengan melakukan amal ibadat ,jiwa kita akan tenang, hati kita akan bening, dan diri kita akan bersih.Kita kena ingat setelah diri kita suci dan hati kita bersih sahajalah memungkinkan kita untuk dapat melihat diri kita sebenarnya,sebagaimana digambarkan oleh Allah dalam Hadith Qurdsi: Manusia itu adalah rahsia Aku dan diri Akulah yang menjadi rahsianya.

Jadi jelas amal ibadat yang dilakukan bukan untuk Allah.Allah tidak meminta dan mengharapkan kebaikan itu.Kita melakukan amal ibadat adalah untuk kesejahteraan diri kita sendiri (manusia).Bukan untuk kesejahteraan diri Allah.Allah tidak perlu pemberian kesejahteraan daripada kita.Dia bersifat hayat, alimun dan kadirun.Dia sudah kuat dan perkasa,Dia agung.

Jadi jelas amal ibadat itu hanya untuk diri kita sendiri,dan bukan untuk kebaikan Allah.Maka kita kenalah tolak bahawa Tuhan menjadikan kita untuk kesenangan-Nya..Tidak.Sebaliknya Tuhan menjadikan kita,adalah untuk kesenangan dan kebaikan kita sendiri.

Firma-Nya yang berbunyi Ertinya: ”Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman diantara kamu yang mengerjakan amal-amal saleh bahawa dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelumnya berkuasa dan sesungguhnya dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredainya untuk mereka.”- (An-Nur :55)

Janganlah kita beranggapan bahawa dengan menunaikan perintah Allah adalah untuk kesenangan Allah.Allah sesungguhnya tidak menginginkan kesenangan itu.Sebaiknya hasil daripada amal ibadat itu adalah untuk diri kita sendiri.Jika kalau kita tidak beramal ibadat (berbuat baik kepada diri kita), maka kita sendirilah yang akan rugi.

”Sesungguhnya manusia itu akan kerugian.Kecuali bagi mereka yang beramal soleh dan beriman.” – (Al-Ansr:1-2)

Jadi disini timbul persoalan apakah hubungan kita dengan Allah? Kalau amal ibadat itu untuk kebaikan diri kita sendiri,jadi apakah peranan Allah memeritahkan supaya kita melakukan amal ibadat itu? Kenapakh Allah susah-susah memerintah kita? Kenapa dia pandai-pandai dan bertanggung jawab memperingatkan kita?

Kalau kita kembali kepada hakikat manusia dan hakikat Allah, sebenarnya kedudukan manusia dengan Allah itu saling berkaitan.Perhubungan itu seolah antara dua nama yang mewujudkan satu benda.Perhubungan yang cukup erat,rapat,intim dan akrab sekali.Umpama jasad dengan roh,jika dipisahkan menyebabkan salah satunya akan pincang,seperti lagu tanpa irama.

Perhubungan manusia dengan Tuhan laksana roh dengan jasad.Jika jasad tidak ada roh tidak akan wujud (nampak).Begitu juga jika tidak ada roh jasad tidakakan bergerak dan dinamakan hidup.

Kerana demikian erat ,intim,rapat dan akrablah maka kedua pihak sangat penting dan saling berhubungan diantara satu sama lain.Kewujudan Allah tidak akan diketahui tanpa adanya manusia,dan manusia tidak akan ada tanpa wujudnya Allah.Manusia adalah maujud kepada yang wujud.Disini menunjukkan manusia ada,untuk mengisytiharkan kewujudan Allah,dan Allah mengkhalaqkan manusia untuk menunjukkan keadaan-Nya dan juga kekuasaan-Nya.

Adapun kenapa Allah yang menjadi rabbi,dan manusia menjadi abdi,ialah kerana demikian perjanjian asal.Perjajian asal ini tidak boleh ditukar ganti atau dimansuhkan lagi.Kerana perjanjian itu bersifat semula jadi (baqa).

Sewaktu di alam luh mahfuz,(alam roh) manusia sudah berjanji dengan Allah.Perjanjian itu dinamakan perjanjian roh dengan Allah.Ataupun perjanjian diantara Nurullah dengan Nur Muhammad ataupun perjanjian zat dengan sifat.Dalam perjanjian atau pengakuan itu,roh telah bersedia memperakui zat Tuhan sebagai Allah dan dia sebagai hamba.

Ertinya: ”Apakah aku ini Tuhan kamu,maka jawab sekalian roh,bahkan(ya)engkau Tuhanku”. – (al-A’raf:172)

Adapun perjanjian ini bukan berat sebelah.Keduanya mendapat keuntungan.Baik pun roh mahu pun zat.Apabila roh telah memperakui yang zat adalah Tuhannya,maka cara otomatik dia kena mengingat zat.Disinilah menyebabkan roh diberikan sifat (manusia) untuk menzahirkan dirinya.Iaitu diri rahsia zatulhaq (diri sebenar-benar diri)

Disinilah peri pentingnya perjanjian itu.Tanpa perjanjian itu roh tidak akan mempunyai sifat dan zat pula tidak akan wujud dalam ingatan dan sebutan zahir.Kerana roh itu diberikan sifat,maka ia hendaklah menjadi penyebut (zikirin) kepada zat,dimana ia yang wujud memuji yang ghaib.
Sekiranya ianya tidak puji dengan zahir, kewujudan zat itu tidak nyata.Ia akan hilang dalam keadaan ghaib begitu sahaja.Disinilah Allah berfirman: ”Jika kamu ingatkan aku,aku akan ingatkan dirimu.”

Tujuan kita diberikan sifat,(dizahirkan)adalah untuk memberi tahu(marifat)kepada diri kita sendiri,tentang diri-Nya serta untuk mengenali setiap apa yang wujud di atas alam ini.Tanpa adanya sifat diri-Nya ini,maka mustahil kita dapat berdiri seperti hari ini,marifat dengan segala ilmunya.

Kesimpulannya tujuan kita berzikir,mengingati Allah,melakukan amal ibadat adalah untuk mengingatkan diri kita sendiri.Kita melkukan kebaikan kepada diri kita sendiri.Kitalah memuji diri kita sendiri dan memulangkan pujian itu kepada diri kita juga.

“Dari Allah kau datang kepada Allah kau dikembalikan.” – (Al-Baqarah:156)



WaLlahu ‘alam.

Secebis Doa….

“Ya Allah Tuhan yang sentiasa Mencintai
hambaNya,Tuhan Yang Tiada
Menghampakan permintaan hambanya.
Tolonglah kami untuk menjadi hambanMu
yang taat kepada Mu,
hamba yang sentiasa merinduiMu,
hamba yang sentiasa MencintaiMu,
hamba yang mensyukuri nikmatMu,
hamba yang sabar diatas ujianMu,
hamba yang redha diatas takdirMu,
Tetapkanlah tumit kami diatas kebenaran,
Mudahkanlah kami memujiMu,
Sujud padaMu, menangis keranaMu
Amin ya Rabbal ‘alamin….

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home